Sunday, April 2, 2017

A dream come true, Madinah Al Munawarrah

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .w.b.t

Harini genap 6 bulan aku di bumi anbia. Aku dah pun dapat menikmati percutian yg pertama pulang ke malaysia. Actually memang cita cita aku untuk bekerja di bumi arab ni tapi takde dalam fikiran langsung yang aku akan dapat di Madinah. Aku simpan cita cita ni waktu di zaman kolej lagi. Aku dan 3 org kawan kolej aku (syaza, kak na & Zahirah) pernah tulis dekat satu kertas tempat yang masing2 idamkan utk bekerja satu hari nanti. Aku tulis Riyadh. hehe. Tetapi ketiga tiga mereka dikurniakan jodoh awal bermula dgn kak na, kemudian zahirah dan akhir skali syaza. Kesemuanya kahwin sudah. Padahal mase kolej dulu, diorg sume kata aku yg akan kawen dulu sbb aku dgn boyfriend aku tu (Ex sudah) dah 'berkawan' dari tingkatan 5 lagi sampai la aku habis belajar dan bekerja. Tapi dia (Ex) dah pun bertunang jadi aku anggap je dia bukan jodoh aku. Anyway lupakan bab tu. So since kolej aku aku dah tetapkan cita cita aku, habis je blaja, aku nak keje 2 tahun, aku nak merantau ke arab. Riyadh to be exact. Mungkin allah dah permudahkan jalan aku, allah tahu ape yg terbaik buad aku. Jadi alhamdulillah aku takde bonding dgn hospital. Jadi aku boleh pegy bila bila masa je berbanding dgn yg ada bonding. Diorg sume kena ikat 4 tahun. Genap 2 thun aku bekerja (OCT 2015) di KPJ Tawakkal, aku nekad utk pergi open interview. Masa tu, firestar agency ada buad open interview di PWTC utk seluruh nurses di Malaysia. Aku berjaya pujuk kak zila (Rakan sekerja) utk sama sama apply open interview tu padahal dia tak sungguh2 nak pun. Oleh kerana candidates terlalu ramai, mereka cuma kumpul kan resume & certificate dan kemudian suruh kami pulang. Katenya nanti mereka akan email jika kami dapat.

Setelah berbulan tunggu email yg bagaikan tunggu bulan jatuh keriba. Akhirnya kak zila terima email daripada agency mengatakan yg nama dia telah di senarai pendekkan utk bekerja di RIYADH. dan aku pulak, masih tidak terima apa apa email. Pernah tak kau rasa, bila kau nak sesuatu sungguh2 tapi kau tak dapat. Ya mmg sangat kecewa sbb aku yg nak sgt peluang tu. Tapi percayalah allah dah aturkan yg terbaik utk kita. Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. Aku masih sabar menunggu email. Tiap tiap minggu aku call agency utk follow up, dalam setiap doa aku minta allah permudahkan jalanku. Berkat doa ibuku, aku dipanggil utk interview pada bulan March 2016. Nervous yang taktau nak cakap mcm mane. Aku ditemani kak zila ke interview tu, dalam borang application tu mereka minta aku tick 1 tempat yg kuingin dan 1 tempat optional. Jadi aku tick Riyadh tempat pilihan dan Madinah adalah tempat optional. Melangkah ke dalam bilik interview, selawat tak lekang, nervous teramat. Kak zila setia tunggu dekat lua bilik interview.

WHILE WAITING
*Muka acah acah tenang, dalam hati tuhan je tahu.

Bila nama dipanggil. Bismillahirrahmanirrahim, may Allah ease everything.

Me - Goodmorning 

Interviewer : Please have a seat dear. Now tell me about yourself

Me - My name is Siti Nur Farhana, I'm still 23years old as my birthday is on August 20TH. I live here in Kuala Lumpur with my mom. I have 5 siblings and i'm the youngest and the only girl in the family. Previously i worked in KPJ Tawakkal for 2 years and a half until today. I worked in premier ward.

Interviewer - Okay. What do you know about respiratory TB?

Me - (Thought block) Sorry miss ?

Interviewer - I can see here you have a certificate of infection control course (tunjuk sijil)

Me - Ohhhhhh (Masa course tu tido kan tu la jadiknya, haha) If patient suspect or confirm to have Respiratory TB, we must isolate the patient in negative pressure room and when in contact with the patient we have to wear PPE, N95 mask. 

Interviewer - Okay. Did you handle medical patient before 

Me - (Thought block level 999999) Sorry miss may you repeat again

Interviewer - For example like dengue fever, nursing care

Me - ohhhhhh yeaa i do ! 

Interviewer - You have to work 12hours shift, do you think you can handle it?

Me - In my previous hospital, i often do double shift for 14hours. Inshaallah i can handle it

Interviewer - (tiba2 ckp melayu) Nanti tak dapat balik raya tau, you dahlah anak bongsu, the only girl pulak tu and you takkan stay in one unit only. You rasa you boleh ke ?

Me - I can inshaallah. 

Interviewer - Okay i will plot you to Madinah. Congratulation.

Me - Speechless 

(Because the interview dah lama, ni je conversation yg i can remember)
*****Interviewer then bagi offer letter. I said thank you and beredar keluar (dlm hati alhamdulillahsyukur nikmat allah)***

Kelua je dari bilik interview, aku terus cari kak zila. Aku nampak je muka dia kat lua pintu, aku terus nangis ! :') Nangis gembira of course. Then aku call mama and bagitau. Mama was so happy and glad to hear, she said 'Mama tau ana mesti dapat punye'. Nangissssssss ! 

Below - Picture of us lepas abes interviewww. hehe *Happy face

I sign the contract given and they gave me 5 month to prepare for departure. The agency said jangan resign selagi visa belum siap. Buat masa ni, agency suruh aku settle kan medical check up and prepare kan document ape yg patut. Agency Firestar ni sgt teratur, depa bagi list to be done. Lepas habis semua kami pun pegy makan. hahahaha. 

*******************************************************************************************************
Semua document document settle. Visa pun siap. Agency suruh aku resign. 
Hari hari terakhir keje, budak budak ward cakap nak sambut birthday sbb kebetulan aku anta resign letter 1 august 2016 with 2 months notice. That means last date adalalah end of september but tolak cuti semua, my last date is on 15 september 2016. So on 19 august kawan kawan yg baik hati ni buad surprise farewell for me and i cried :'D (cenggeng sungguh seketul farhana)
So sweet of them. Little celebration with these precious girls is more than enough for me.
Sayang korang sampai syurga #Cameliagegirls.

Belum habis kat situ. My birthday is actually on 20 august. Kira depa buad early birthday celebration gituww. My sweet family pulak did some small gathering for my 24 years old birthday and again I CRIEDDDDD ! tengah taip skrg pun nangis ape cite. Haihhh. Having them all in my family is truly a bless, each and everyone of them is truly a bless. Mereka sentiasa mendoakan, sentiasa bagi support whenever and wherever i go. They are my family, my strength.

Alhamdulillah ya rabb kau kurniakan mereka disampingku, kau rahmatilah mereka semua di dunia dan akhirat dan kau berilah peluang kepada mereka semua utk sampai kesini. 




The next day they sent me to airport and i can't stop crying when the time come for my departure.
My hardest goodbye :'( 
My family, my friends, mi amor 

Alhamdulillah dgn kekuatan mereka, dgn restu mama, diiringi doa mereka, disini aku masih bertahan di tanah arab. Betul kata senior, mental dan fizikal kena kuat. Aku tak risau, aku ada Allah. Allah yg tulis utk aku ade kat sini, Allah tahu aku kuat, Allah tahu aku mampu. 

***********Seminggu selepas aku sampai di Madinah.**********

Kali pertama aku jejakkan kaki di Masjid nabawi :')
Allahu, perasaan yang tak dapat nak gambarkan, selama ni tgk dekat TV, dga cerita2 sahabt yg dah pergi. Kali ni aku sendiri pergi, solat disana, di masjid Nabi muhammad S.A.W. Sujud syukur aku padaMU ya rabb, kau beri aku peluang utk lebih dekat dgn engkau. Dikurniakan teman yg baik yg memimpin aku kearah kebaikan. 




Akan aku hargai peluang yang ada. 
Semoga aku sentiasa istiqomah. Bantu aku ya rabb :')
Inshaallah ada kelapangan akan update lagi blog ni.
Till then, Sincerely, SNF.

Saturday, April 1, 2017

Bandung, Indonesia

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .w.b.t

My off day wasted with no activities and so i decided to fill my blog with my stories. Beware cause its probably boring to you >.< Currently waiting for someone to reply my text. Lately i just felt something, feelings i cant describe. Hmm abaikan stay calm and keep praying :) Anyway last year or last 2 years i cant remember. I went on a short escape with mama to bandung. Kami pegi ala ala backpackers sbb mama penah pegi sebelum ni. Budget is around RM400 sorg. exclude duit shopping of course. 


Left - Arrived at Hussein Sastranegara International Airport
Center - Biaselah bergambar dengan kapal terbang kan. #Jangankecam
Right - While waiting for taxi to take us to our hotel

So lepas dah sampai ke hotel, kami mandi mandi dan siap siap utk jalan. Yang bestnya backpackers ni, kita arrange time kita sendiri ikut suka kita. kikiki. So more time to SHOPPINGGGG~ Hahaha.


Below - Picture of our room. We stayed here in Hotel Ibis, Bandung for 3 nights. 

So malam tu kami jalan jalan around hotel, cari makan dekat kawasan hotel. sebab actually our aim is nak beli barang sebabtu tak brape jalan sangat ke tempat tempat rekreasi.


DAY TWO
Below - Kami naik tuk tuk berdekatan dengan Hotel. Memang Hotel tu sgt convenience sbb dekat dgn bandar. Kat sini takde banyak bas macam kat KL tu, kawasan dia pun tak membangun sangat. 'Tuktuk' ni adalah transport utama dekat bandar bandung ni. Actually not too bad sbb berangin mcm ala ala naik van skolah gituw. hehe.
Menuju ke pasar besar yeyyyy shopping ! HAHAHAHA.
EHH wait sebelum shopping kena la makan duluuuu.

Below - Ya iyaalaah bukk disini tempat kami makan. Makan bakso je, muke pun dah macam meatball

Okay ape yang menarik dekat pasar besar is EVERYTHING in it ! Hahahahaha. A lot yeah i mean A LOT of choices of telekung, kebaya, kain etc. Bole dapat jauh lagi murah dgn quality yg superb and yang paling best within 1 day depa bole siapkan your baju ! Kalau kat Malaysia anta jahit mau seminggu paling cepat. So i decided to try and tempah sepasang baju kurung sbb mcm tak percaye dia boleh siapkan within 1 day. We choose our own colour and lace also design ! So i choose this and design simple as possible. So depa ukur badan dan minta nama hotel yg kami tinggal utk hanta bila siap nnti. 
Masa tempah - 6pm
Masa siap dan dihantar ke hotel - 5pm (keesokkan harinye) 
Picture of me wearing it ada but without hijab so i just can tell that ITS NICE ! :)
Jahitan kemas, design cantik. Eh cantiklah dimataku ini.
So mmg sehari suntuk kami habiskan masa di pasar besar daripada tingkat atas sampai tingkat bawah. Kami habis malam dan pulang ke hotel. Malam tu kitorg decide nak try makan kat foodtruck near hotel. 


DAY THREE

Kami decide untuk breakfast di Hotel aja. dan teruskan perjalanan dgn tuk tuk ke toko tiga.
Di sana banyak sangat choice of LEATHER. As me and mama liked leather so much so we decide to jalan jalan kat sini. Ape yg menarik is kita pilih design, jenis leather ape, nak 2 handle or 1 handle, colour and diorg akan jahit kat situ jugak ! Padahal esok nak balik tp sempat lagi tempah bag sbb dia jamin boleh siap malam nanti.

Below - Contoh bag customer order pagi tadi, ptg masa kami dtg dah siap dah. Uishh terbaikk kannn deme ni. So lepas dah pilih sume sume tu kami decide utk tunggu and taraa my bag siap on the day itself and im lovin it ! 

Lepas bag dah siap tu kami terus ke Rumah Mode.
Below - My beautiful mummy at Rumah Mode
Kami makan kat sini. Not bad makanannya namun not bad juga harganya.
Dia macam alaa alaa JPO (Johor premium outlet) dekat JB tu sbb barang2 kat sini branded dan mahal. tapi tu laaa jgn kate tak penah pegy kan. hihi. Jalan jalan dekat Rumah Mode dan kawasan kawasan berdekatan dgnnya. Penat berjalan sbb banyak kedai ditepi tepi tu. 
Malam pulang ke hotel and decide utk makan di hotel saja utk dinner.



DAY FOUR (BYE BYE BANDUNG)
Memandangkan flight kami pkul 12noon, Kami cuma breakfast di hotel and terus berangkat ke airport. Di airport jumpe warganegara malaysia yang juga bercuti di bandung. hihi. 
Sampai di tanah air, KLIA naik bus ke KL central dan pulang ke home sweet home ;)

See yaa next trip. Sincerely SNF :)



Thursday, March 23, 2017

New year 2016 in Vietnam

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .w.b.t

It's been a long dayyyyyyyyyyyy, without you my friend. HAHAHAHA k tetibe. Its been a long time since i manage to update this blogspot of mine. So much things happens. I will start by throwback pictures of me and my travel partner (Kak Zila) trip to Ho chi minh last year ! Actually kami dah lama plan nak bercuti jauh jauh sama sama so that we know our capabilities. So kami mula dgn trip to Ho chi minh with POTO Travel agency. Well mesti sumorg cakap 'Ek elee igtkan backpakers tadi' Ehh igt senang ke parents nak bagi pegy backpakers , dah la dua dua perempuan, anak bongsu pulak tu, comel pulak tu. Hahahaha okay last tu takk gurau je. kikiki. Anyway kami cuma nak cuba berjalan and tgk negara org, culture org and cuba nak convince our parents so that next time diorg lepaskan kitorg utk travel lagi ;) Lagipn ni 1st time kami keluar negara without them. So yeah we used our tabung travel money and paid around RM1500 to the agency (gradually k bukan selepuk), all in (except for shopping expenses) kikiki. FYI, mula mula we were told that kami akan fly with vietnam airlines than suddenly last min the agency called and said tukar kepada MAS. Pheww better i think. So arrive di airport vietnam (i dont remember the name) kami disambut oleh tour guide disana nama dia ape tah tak igt dan dibawa ke bas (ade wifi) menuju ke hotel. 

S0, this is our hotel for 3 nights


Anyway kite cuma cerita sikit sikit je k sbb if you guys want to know more, you can just google POTO travel agency. As i know, agency ni diasaskan oleh org melayu kita sendiri. So diorg amat menitik beratkan halal food, and tempat utk solat yg selesa. Cuma ade la something happen yg i think tak patut. Dont worry akan diceritakan nnti. So sampai ke hotel simpan bag je and straight away turun balik for MAKAN TIME. hihihi. 


As you can see, mmg mewah makan dia. Yang kelakarnya, semua yg ikut trip ni ade yg family, ade yg only husband and wife, and ade yg mak mak je. Hahahahaha only 2 of us yg muda and alone. Always the first time kan. hahaha. and so lepas makan we all balik hotel and they said free activity. So kami yg muda muda nie decide nak pegy dataran diorg and sambut new year. HIHI. (Jalan kaki sikit je from our hotel) 
Mase ni takdak go pro lagi. Belum mampu. So we wait for the countdown, memandangkan vietnam is 1 hour late from malaysia. Kami mmg mereput tunggu lepas satu lagu ke satu lagu diorg nyanyi tp blm countdown2 lagi -.-' Dari pukul 6ptg(waktu vietnam) hokayyy diorg nyanyii. 5 penyanyi yg same bertukar tukar. Then ape yg menarik, jam 10pm diorg start kosongkan dataran, kemas kerusi2 yg ade. and start set up pentas with DJ and stuff. Kitorg pulak blurr ape yg berlaku sebenanye. Tanye dekat mat salleh yg berdiri kat situ, diorg kata 'I have no idea dear, im also first time here' HAHA. Okayyyy so kitorg decide to follow the flow. 10.30pm mcmtu they start to play techno songs and remaja di vietnam started dancing. Kitorg yg awal2 ade dekat front row and blurr whats going on ditolak tolak depa until we are at the centre of the parade -.-' Agak kekok sbb diorg sume pakai shorts and there we are in the centre wearing hijabs . -____________-' Lepas satu lagu ke satu lagu techno diorg pasang jam menunjukkn pkul 11.30pm. Diorg mula campak2 kan mcm lampu putih (Taktau ape name dia) to the crowd. Yang kelakanye, kitorg takdapat sbb kitorg kecik je ddk kat tgh2 tu. Bila diorg baling je lampu tu, asyik kena kat kepala je, dapatnya idokkk sampailaa matsalleh tadi ambik and bagi kat kitorg. HAHAHAHA. so kitorg tunggu la sampai pkul 12 sambil pegang lampu tu. hahahahaha. So just now kita kata ade yg tak patut jadi kan, so cite dia macam nie, 2nd day i think, tour guide bawak pgy kedai baju and let us shopping kat situ, kedai dia mcm rumah 3 tingkat gituw. sedang kitorg asyik try try baju kurung vietnam (Which is takde la murah sgt). Tiba tiba sales girl tu tanye ' Miss, your bus left already'. and we was like 'WHAT THE FISH' Dah la takde no phone, takde roaming (sbb fikir ikut agency kan, so no need for it) and so luckily owner kedai tu kenal tour guide tu. They called him and told him kitorg still kat kedai dia. Memandang kan diorg tak jauh sgt daripada kedai tu, so the bus came back. Masuk je bas, kitorg sgt sgt lah pissed off cause if you want to know, ade total of 18 of us only. Mcm mane diorg boleh tak prasan we were not in the bus. The main problem is, they did not even do headcount and just left us there. Mama knows about it and she is so worried and were going write an email to the agency. Yang paling geram bila bus patah balik, kitorg naik and the tour guide said 'Nasib baik dekat boleh patah balik, kalau jauh saya akan suruh korg naik teksi je'. REALLY DUDE ? two girls in taxi in the middle of nowhere. Serious bengang mase tu. All was good except for the responsibilities They lack on that. and so appologise and did headcount after the incident. and to be honest, i am not looking forward to join them in the future. huhuhuhu. So here it is short video of our trip and are looking forward for our next trip backpakers maybe. Till then, sincerely SNF ;)



Friday, June 26, 2015

If only travel is free kan ?

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .w.b.t
Dear Diary . 
If only travel was free kan ? Haih .

Heyya diary . Aku baru je lepas survey2 ticket flight. Lately kan after my sydney trip, i seems to love travelling doe. Seriously dude ! and so since yesterday me and mama dok survey survey ticket to macam mcm tempat like krabi, ho chi min, korea, perth and many more beautiful places lah . Kak zila and i slalu sangat pegy short vacay and our short vacay tak habis habis kat JB . Mcm takde tempat lain. HAHA . So we've decided to go jauh sikit dari JB . Out of malaysia lah , Indonesia ke thailand ke kan ? This coming august. Me and mama dah book ticket to bandung . Too bad kak zila could not come with us sbb ticket dah jadi mahal dah skrg. So we've learned from mistake , Kita nak book siap siap. hahahaha . Our 1st choice is Ho chi min cause memandangkan mata wang dia murah daripada malaysia. but ho chi min ni maybe next year kot cause this year maybe we want to finish our in malaysia trip first. At first kak zila nak pegi bandung but august ni kan aku nak pgy so takkan nak pgy lagi kan ? So like yaa . Next year we are going to vietnam. wihuuu. and Now kitorg tgah fikir where to go on this coming november . OHH I almost forgot to share. You guys mesti wondering kan 'byk nyaa duit jalan sini jalan sana' So this is our secret. haha takdelah secret mane pongg. We (me and kak zila) are currently MENABUNG. hihi . we read ada satu story about this one couple yg menabung ikut hari . Actually not we lah. kak zila yg baca and dia cerita to me and so im interested. Yes we've started it awal bulan 6 haritu. Sangat laa interesting cause kita menabung ikut hari, contohnya 1HB jun masukkn seringgit. 10 jun masukkan RM10 . haaa cenggitu la. cumanya bila da sampai akhir bulan tu agak short sikit la kan . ahahaha but we can counter back bila dah dapat gaji . Kalau tambahkan sume duit2 tu . Terkumpullah sebanyak RM400++ in a month . IN A MONTH tauu . haaa takkan tak cukup lagi nak jalan kan ? So hari yg sama kak zila cerita pasal couple tu, hari tu jugak kitorg p kaison beli tabung . The most important rules is, org kate  the GOLDEN RULE gituu lah . 

5 GOLDEN RULESnya adalah seperti berikut. 
1 - kena DISIPLIN !
2 - Beli tabung yg tiada punca keluar . That means bila da masukkan duit, takbole kelua dah sbb takde lubang kt bawah montot dia . :D
3 - kena JUJUR and AMANAH . Jangan sesekali keluarkan duit tu sambil berjanji dlm hati *alaaa nnti gaji aku masukkan la balik* NO OKAY NO.
4 - NOT AN EMERGENCY MONEY. Bear in mind yg duit yg kau tabungkan tu bukanlah duit emergency in case kau takde duit ke ape sbb kalau kau fikir gituu, kau akan belanja sewenang wenangnya duit gaji kau tauu.
5 - GAMBAR TABUNG - Last but not least beli tabung yg ada unsur unsur impian . Contohnya macam aku, aku beli tabung yg wallpaper dia tulis new york sbb satu hari nnti aku akan sampai sane jugak . haa cetuu. 

OKAY Kat bawah ni aku share sikit gamba travel aku . HIHI . walaupun dlm negara je banyak , overseas sekali je but enjoy lah ye ;)

Description - This is my trip to sydney or should i say NEW YEAR OF 2015 in SYDNEY. Masa ni pegi tgk THE THREE SISTER monument . Seriously dia punya view sangat sangat sangat cantik ! ! Ergh mcm mna aku tak suka travel kalau view ceni, Walaupun nampak macam matahari terik, believe me cuaca dia sejukkkkk . Breezeeeeee je :)


The same day tu. Kitorg pegy ZOO ! As u can there, its a KOALA . Comel gila macam teddy bear. Pluffy je but keje dia tido je kt dahan tu. Sangat2 manja tp masa ni dia takut so dia statik je kat dahan tu sambil pandang camera . HAHA mase ni aku tak terfikir oh nak amik video. ayoo . 


Yang bawah tu pulak mase jalan jalan kat beach , kt aussie ni diorg kaya dengan laut and laut diorg semua cantik2 ! Serious cantik gila view dia . We even sat at the end of the clifft ! Very breezyyyyy , calmingggg and relaxinggg. Menikmati ciptaan2 allah di negara org. Allah maha besar ;)




Ni pulak masa kitorg jalan jalan kat PARK . FYI kat aussie ni ada banyak sangat taman taman rekriasi tau, and rumput dia sangat bersih even kalau nak baring tido guling guling pun boleh kat situ . Park kat sana tak mcm park kt malaysia, sampah merata. kat sana ada parol (polis ronda) Kalau dia tangkap kita lepas berkelah tu tak buang sampah, kat situ jugak dia saman . So penduduk aussie ni dah di ajar macamtu, so diorg mmg takkan lah buang sampah merata, kalau buang dlm tong sampah, diorg akan BUKAK tong sampah tu, Tak mcm kita org malaysia, kdg2 tu buang je atas tong sampah tu . bukannya nak masukkan dalam tong tu . huhu Justsaying . Kbai :p



Okay ni pulak masa jalan kat Maroubra beach . Tengok la tu ya allah laut diaaaaaaaa ! Cantikk kannn ? Serious cantik gilaaa, As i was saying just now, Matahari mmg terik tau tp BREEZY ! Berangin je tempat tuuu, Nampak tak tudung i ditiup angin . kikiki . Haih how i miss this view so much lah !

Okay ni masa jalan jalan kt TOWN HALL of sydney ! Haha ha'ah baju yg same sbbnya aku bwk baju sikit, seluar banyak ! LOL. Kasut kasut yg aku pakai semua beli kt ostolia sebabnya aku bawak FLATS tau pegy sane. Jalan banyak kan jadinya flats kita HAUS . -.-' So penyudahnya beli kasut kat sane . Dapat la 3 pasanggggggg :p Hmm okay lah ni last picture cause im tired typing already. Nanti kita share short vacay kita kat malaysia pulak ya . Kat oversea ni satuu je . kiki. Okay lah kan satu, at least dpt merasa. Thanks mama for making my wish come true . Muahciked . XOXO


Thursday, June 12, 2014

Orang KL yang baru nak explore KL

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .w.b.t

Dear Diary, 
Description ;- Mase nie aku teringin sgt nk pegy I-CITY, ye serious . nama je org KL, tp takpenah pegy. kui kui . So, aku, apat ngn k.ngah pn jalan jalan laaa kt cnii . Biase je tmpt dia , tempat org dating -___- tak dinafikan tmpt dia cantik sgttt tp panasss bahangggg ! So here it is .


Okay SECOND ! 
Description :- Mase nie aku baru balik dr keje malam, apat dh kemaruk nak kua umah sbb dia bosan ddk umah , kebetulan k.ngah cuti but aku tak cuti , aku keje malam ! @.@ mmg mate guaa sgtt laa panda mse pgy zoo tu . tp aku mmg eksaited gila laaaa sbb aku mmg suke nengok binatang . heee . eksaited weh tgkk gajah , zirafah dpn dpn mate ! BEST ! 


THIRD !
Description :- Mase bila ek kite gi petrosains nie caa ? hihi . ade satu hari tu , we alls pegy petrosains, kitorg g sane pn sbb si adik botak teringin nak pegy . ikut plan , lepas g petrosains, nak terus pgy aquaria . Namun mase sgtt mencemburui kami . tak sempat . ddk dalam petrosains je dh 4 - 5 jam -____-'' So like yaa.


Till then, i would update more :)

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri ;)

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .

Dear Diary. SELAMAT HARI RAYA ! Meet my new boyfriend ;D

Nahhhhhhh just kidding . Ni anak pak long merangkap sepupu aku ;) Sopi namanya, sudah berpunya ye. Jangan menggatal ngan dia, nanti gf dia tumbok ko , ko jgn tanya kenapa :D

Baiklah .
Hari ni hari raya , saya siti nur farhana comel a.k.a hana comel nak minta ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yg mengenali . Walaupun tiada sesiapa pun yg membaca blog ini namun tak salah kan tulis ceni ;)

Di kesempatan ini, saya nak minta ampun jika ada tersalah kata, terguris hati individu tak kira lah sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Samada sedar mahupun tidak sedar. Harap diampuni segala khilaf saya .

Pagi tadi sejurus selepas solat raya, kami bermaaf maafan . Bergambar dan menjamu selera.
Lepastu kami terus bergerak konvoi menuju ke bagan datuk .
Bagan datuk menuju ke rumah dimana kakak kepada atuk aku tinggal disana, senang cerita nenek sedara lah . Perjalanan kami hampir 3 jam -_-
Kami berhubung menggunakan WE CHAT memandangkan masing masing dah guna android kan -_-
Kecuali aku dgn atuk lah . kitorg guna 3310 campak ke anjing je . 
Tapi aku bersyukur , atuk pun bersyukur :D

Sampai je kt bagan datuk umah Opah andak, kami makaaaaann, solattt dan teruskan perjalanan kami ke semua rumah saudara mara sekitar kawasan itu.
Lepastu kami ke kawasan jeti di bagan datuk . Cantik tempatnya . 

Kami tangkap gambar di jeti, makan eskem potong dan bergerak ke teluk intan.
Sampai di teluk intan, kami ke menara condong . Buat onar dan kekecohan kat sana , makan kacang rebus , singgah toilet dan meneruskan perjalanan menuju ke KFC.
Lamaaaaaaaaaaaa sampai kebas bontot ddk dalam kete menuju ke KFC.
Alhamdulillah sampai ke KFC , lebih kurang 6 meja yg harus disambungkan utk menampung keluarga kami yg hampir lengkap ni. Sayangnya keluarga mamacik takda :(



Selesai makan, singgah mydin jap kemudian BALIKKKKKKKK . 
Cerita ini diringkaskan oleh cucu tok fahmi yg comel iaitu SNF ;)
Jika ianya tidak diolah maka cerita nya akan jadi panjang berjela. Atenya teman nak bobok . Udoh pukui 3.40pagi waktu perak.Nites

Tuesday, August 6, 2013

Its 4 o' clock in the morning .

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .
Dear Diary .
Kebiasaannya waktu waktu cenggini , nyamuk sedang mencari mangsanya dan . .
Aku lah orangnya -_- 

Dah tepuk tak dapat, yg sakit tangan aku .
Dah pasang aircond masih lagi lalu lalu kt tepi telinge aku .
Geram tau tak geram . 
Bila pakai selimut, panas pulak rasanya . tp kadang kadang dah pakai selimut sekalipun, daripada lubang mana tah dia masuk, aku akan tetap kene gigit . Pffftttt ~ -_-
Besok pagi bangun, berbintat kaki dan tgn -_-
Phewww sabar ana sabar .

Anyway . Selalunya memang idea datang pada pukul 4 pagi . kebiasaannya lah .
Aku cuma nak cerita pasal ptg td . 
Petang tadi, aku, mama, angah dgn bakal kakak ipar aku mia jalan jalan dekat nilai 3.
Tujuan kami, nak cari barang hantaran untuk majlis pertunangan abang aku yg ke tiga , aswad pada 31 august nanti.
Aku berperanan sebagai tukang angkat dulang bersama 8 org saudara mara yg lain . 
Katanya aku bakal angkat bakul buah buahan . yang paling berat -_-
Kata mama, aku paling muda jadiknya aku lah yg kene hangkat. *krikk krikk*
Rasanya tinggal na beli bunga and nak decorate je dulang hantaran tu .

Tema hantaran pihak lelaki ialah warna ungu dan pihak perempuan warna kuning.
Tema baju rombongan pihak lelaki ialah warna merah dan pihak perempuan warna cream .

Ini pengalaman pertama aku dan juga adik beradik lain serta mama juga.
Angah dgn kak mia tak bertunang, terus nikah je and buat doa selamat. 
Selang dua hari baru buat makan makan sikit dekat rumah kami (pihak lelaki)
Memandang kan angah kahwin dgn muallaf, orang sarawak .
Ahli keluarga belah perempuan tak dpt dtg .
Guna wali hakim je .

Sebelum kami ke nilai 3, kami singgah ke rumah angah kejap amik anak kucing dia yg cecomel tu nak bawak ke ipoh, beraya bersama.
Lepas amik kucing angah, kitorg pegy service kereta angah sbb ade bunyik kuat kt belring dia kata mechanic.
So mechanic tu kata kereta akan siap dlm sejam lebih anggarannya .
Kami setuju untuk tunggu sehingga siap.
Tengah leka tunggu sambil main dgn anak kucing. 
Tetibe aku rasa macam ade sesuatu meleleh dr hidung aku .
Sumpah aku ingatkan hingus sbb aku mmg tga selseme mase tu .
Tenyata BUKAN sama sekali . Ianya darah .

Ye mmg aku nurse tp aku cuak laa jugak kan . mengalir ngalir darahnya weh .
Cuak serious gua cuak .
Lepastu alhamdulillah darah benti mengalir .
Angah dah cuak gila dah, angah ingatkan sebab kucing.
Jadiknya angah anto kucing balik umah :(

Tak memasal mama salahkan bulu kucing tu . sobbsss.
Makanya kucing dgn anak dia 3 ekor kene anto balik ke rumah angah .
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ~

BTW esok . . eh esok fulak . kejak lagi laa kejak lagi dalam pukul 2ptg cmtu kami sekeluarga akan bergerak pulang ke kampung halaman di jelapang , perak darul ridzuan .
Tak sabar rasa hati, apat mmg dah excited gila dah sampai sume bende dia kemas . 
Kalau rajin cenggini hari hari kan syiokkk . 

Progress duit raya pulak :D 
Tahun nie , aunty amy adalah orang pertama yg memberikan aku duit raya . 
Nampaknya aku masih kelihatan muda remaja okay sbb aku masih diberi duet raya.
Mohon jeles k mohon jeles. 

Okelah.
Dah sampai ipoh nanti insyaallah aku update lagi .

Sincerely SNF ;)