Monday, July 29, 2013

Persahabatan tiada tandingan

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .

Dear diary,
Harini aku dan 3 orang sahabat aku iaitu k.na, syaza and xera keluar berbuka bersama :)
Niat di hati ingin menyambut ulang tahun k.na yg ke 24 pada 23 April 2013 lalu .
Niat kami tercapai . 

Habis kelas pukul 1 petang . Syaza terus datang dan tanya aku .

Syaza: Ana, jom berbuka kt luar nak tak hari nie ? igt nk mkn MCD.

Ana: Hmmmmm senanya aku takda banyak duet laa weh, tgk lah cane.

Syaza: Aku punnn tp jom aaa weyy .

Ana: *menurunkan ego* Okayyyy lah jom :)

Lepas habis mentor menti dengan SIR ANANTH lebih kurang pukul 4 macam tu .
Kami pulang ke hostel . Masing masing siap siap . Gosok baju, gosok tudung .
Transport sampai dalam pukul 6 lebih cetu dan kami tiba di MCD dalam pukul 6.45pm
Masih awal lagi and MCD sangat sangat lengang pada ketika itu .
Kami order makanan masing masing dan bergerak ke tingkat atas dimana terletaknya kerusi dan meja .

Di atas ramai yg menanti waktu berbuka puasa .
Jam menunjukkan pukul 7pm dan masih sempat untuk beli kek di tesco.
Kami memberikan alasan mahu withdraw duit walhal kami sebenarnya beli cake .
Kek tu kami minta tolong dua org pemuda yg kebetulan duduk di meja berdekatan .
Kami minta mereka tolong simpankan, sampai waktu yg sesuai, kami akan dtg ambil .
Mereka mengangguk tanda setuju .

Pukul 7.45pm setelah masing masing selesai berbuka .
Aku meminta diri untuk ke toilet dgn alasan mahu tukar pad padahal aku sebenarnya nak pergi dekat tempat dua pemuda tadi duduk untuk nyalakan lilin .
Semasa aku menyediakan kek tersebut, aku ditemu ramah oleh mereka . 
Sorang namanya fitri, sorang namanya amir .
Dua dua tampak peramah orangnya .
Amir tanya 'awak dari mana? belajar lg ke?' dan blablabla .
Aku jawab lah semua pertanyaan dia tu . 

Kemudian kami bawak cake tu ke kak naa , hampir hampir sampai ke kak na , kami menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY' kepada dia dan yg paling paling paling istimewa jadiknya apabila semua orang yg ada di sekeliling kami yg sedang menjamu selera turut nyanyi bersama .
Sayangnya masa tu aku terlalu happy sampai aku lupa nak record .

Kak na menangis air mata terharu dan gembira sebab katanya dia langsung tak expect kami sambut.
Kitorang tak penah lupa birthday kawan kawan kitorg tau lagi lagi yg rapattt .
Lepas habis sesi potong potong cake dan sesi bergambar . Kami bergerak menuju ke tesco.
Kat tesco tu, takda buat apa pun . Cuma jalan jalan laa tgk baju dan sebagainya .
Xera beli inai . Aku pulak beli baju sale, aku belikan untuk zaty my super duper bestfriend ;)
Hope she like it laaa kan . Hopefully .

Anyway i will be having my raya holiday on 2 august until 11 august 2013 only.
I will raya at Ipoh perak rumah atuk which is ayah kepada mama .
Yang tak bestnye, my coconut shake won't be joining us because she raya at batu pahat , johor .
Atuk bapak skrg nie kurang sehat , so diorang kena raya sana tahun ni . sokayyyy .

I think that's all for today .Daaaa ~

Sincerely SNF ;)

Thursday, July 25, 2013

Serba baru

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum ;)
Nafas baru . Nafas orang yang berpuasa mungkin .
Yaa ini adalah post pertama aku di bulan yang mulia ini .
Aku nak mulakan hidup baru bermula di laman sosial ini .
Untuk pengetahuan awak diary .
Saya dah deactivate twitter saya tempoh hari .
Sebenarnya saya nak deactivate facebook dan blog ini sekali tapi ..
Blog boleh diselamatkan lagi sebab aku masih boleh tuka link .
Facebook aku tak mampu nak deactivate sebab candy crush dan game game lain .
Aku dah level jauh kottttt . Kbye .

Twitter aku baru 3 hari aku deactivate and it will be terminated within 30 days if aku tak login .
Dan jika aku login pulak, ianya akan kembali active .
Tapi aku taknak pun activekan balik .
Facebook ada pun dah cukup lah .
Ohh lagi satu aku sayang nak deactivate facebook ni sebab kawan kawan lama aku suma ada dalam tu, baik kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah , kawan dari berlainan negeri dan lain lain .
Al maklumlah dulu kan aku hidup berpindah randah seakan NOMAD .
Cukuplah tu untuk first post kali ni .
Ada masa yg terluang masa akan datang nanti aku cerita serba sedikit pasal diri aku .
Oke bye .