Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri ;)

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .

Dear Diary. SELAMAT HARI RAYA ! Meet my new boyfriend ;D

Nahhhhhhh just kidding . Ni anak pak long merangkap sepupu aku ;) Sopi namanya, sudah berpunya ye. Jangan menggatal ngan dia, nanti gf dia tumbok ko , ko jgn tanya kenapa :D

Baiklah .
Hari ni hari raya , saya siti nur farhana comel a.k.a hana comel nak minta ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yg mengenali . Walaupun tiada sesiapa pun yg membaca blog ini namun tak salah kan tulis ceni ;)

Di kesempatan ini, saya nak minta ampun jika ada tersalah kata, terguris hati individu tak kira lah sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Samada sedar mahupun tidak sedar. Harap diampuni segala khilaf saya .

Pagi tadi sejurus selepas solat raya, kami bermaaf maafan . Bergambar dan menjamu selera.
Lepastu kami terus bergerak konvoi menuju ke bagan datuk .
Bagan datuk menuju ke rumah dimana kakak kepada atuk aku tinggal disana, senang cerita nenek sedara lah . Perjalanan kami hampir 3 jam -_-
Kami berhubung menggunakan WE CHAT memandangkan masing masing dah guna android kan -_-
Kecuali aku dgn atuk lah . kitorg guna 3310 campak ke anjing je . 
Tapi aku bersyukur , atuk pun bersyukur :D

Sampai je kt bagan datuk umah Opah andak, kami makaaaaann, solattt dan teruskan perjalanan kami ke semua rumah saudara mara sekitar kawasan itu.
Lepastu kami ke kawasan jeti di bagan datuk . Cantik tempatnya . 

Kami tangkap gambar di jeti, makan eskem potong dan bergerak ke teluk intan.
Sampai di teluk intan, kami ke menara condong . Buat onar dan kekecohan kat sana , makan kacang rebus , singgah toilet dan meneruskan perjalanan menuju ke KFC.
Lamaaaaaaaaaaaa sampai kebas bontot ddk dalam kete menuju ke KFC.
Alhamdulillah sampai ke KFC , lebih kurang 6 meja yg harus disambungkan utk menampung keluarga kami yg hampir lengkap ni. Sayangnya keluarga mamacik takda :(



Selesai makan, singgah mydin jap kemudian BALIKKKKKKKK . 
Cerita ini diringkaskan oleh cucu tok fahmi yg comel iaitu SNF ;)
Jika ianya tidak diolah maka cerita nya akan jadi panjang berjela. Atenya teman nak bobok . Udoh pukui 3.40pagi waktu perak.Nites

Tuesday, August 6, 2013

Its 4 o' clock in the morning .

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .
Dear Diary .
Kebiasaannya waktu waktu cenggini , nyamuk sedang mencari mangsanya dan . .
Aku lah orangnya -_- 

Dah tepuk tak dapat, yg sakit tangan aku .
Dah pasang aircond masih lagi lalu lalu kt tepi telinge aku .
Geram tau tak geram . 
Bila pakai selimut, panas pulak rasanya . tp kadang kadang dah pakai selimut sekalipun, daripada lubang mana tah dia masuk, aku akan tetap kene gigit . Pffftttt ~ -_-
Besok pagi bangun, berbintat kaki dan tgn -_-
Phewww sabar ana sabar .

Anyway . Selalunya memang idea datang pada pukul 4 pagi . kebiasaannya lah .
Aku cuma nak cerita pasal ptg td . 
Petang tadi, aku, mama, angah dgn bakal kakak ipar aku mia jalan jalan dekat nilai 3.
Tujuan kami, nak cari barang hantaran untuk majlis pertunangan abang aku yg ke tiga , aswad pada 31 august nanti.
Aku berperanan sebagai tukang angkat dulang bersama 8 org saudara mara yg lain . 
Katanya aku bakal angkat bakul buah buahan . yang paling berat -_-
Kata mama, aku paling muda jadiknya aku lah yg kene hangkat. *krikk krikk*
Rasanya tinggal na beli bunga and nak decorate je dulang hantaran tu .

Tema hantaran pihak lelaki ialah warna ungu dan pihak perempuan warna kuning.
Tema baju rombongan pihak lelaki ialah warna merah dan pihak perempuan warna cream .

Ini pengalaman pertama aku dan juga adik beradik lain serta mama juga.
Angah dgn kak mia tak bertunang, terus nikah je and buat doa selamat. 
Selang dua hari baru buat makan makan sikit dekat rumah kami (pihak lelaki)
Memandang kan angah kahwin dgn muallaf, orang sarawak .
Ahli keluarga belah perempuan tak dpt dtg .
Guna wali hakim je .

Sebelum kami ke nilai 3, kami singgah ke rumah angah kejap amik anak kucing dia yg cecomel tu nak bawak ke ipoh, beraya bersama.
Lepas amik kucing angah, kitorg pegy service kereta angah sbb ade bunyik kuat kt belring dia kata mechanic.
So mechanic tu kata kereta akan siap dlm sejam lebih anggarannya .
Kami setuju untuk tunggu sehingga siap.
Tengah leka tunggu sambil main dgn anak kucing. 
Tetibe aku rasa macam ade sesuatu meleleh dr hidung aku .
Sumpah aku ingatkan hingus sbb aku mmg tga selseme mase tu .
Tenyata BUKAN sama sekali . Ianya darah .

Ye mmg aku nurse tp aku cuak laa jugak kan . mengalir ngalir darahnya weh .
Cuak serious gua cuak .
Lepastu alhamdulillah darah benti mengalir .
Angah dah cuak gila dah, angah ingatkan sebab kucing.
Jadiknya angah anto kucing balik umah :(

Tak memasal mama salahkan bulu kucing tu . sobbsss.
Makanya kucing dgn anak dia 3 ekor kene anto balik ke rumah angah .
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ~

BTW esok . . eh esok fulak . kejak lagi laa kejak lagi dalam pukul 2ptg cmtu kami sekeluarga akan bergerak pulang ke kampung halaman di jelapang , perak darul ridzuan .
Tak sabar rasa hati, apat mmg dah excited gila dah sampai sume bende dia kemas . 
Kalau rajin cenggini hari hari kan syiokkk . 

Progress duit raya pulak :D 
Tahun nie , aunty amy adalah orang pertama yg memberikan aku duit raya . 
Nampaknya aku masih kelihatan muda remaja okay sbb aku masih diberi duet raya.
Mohon jeles k mohon jeles. 

Okelah.
Dah sampai ipoh nanti insyaallah aku update lagi .

Sincerely SNF ;)