Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri ;)

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .

Dear Diary. SELAMAT HARI RAYA ! Meet my new boyfriend ;D

Nahhhhhhh just kidding . Ni anak pak long merangkap sepupu aku ;) Sopi namanya, sudah berpunya ye. Jangan menggatal ngan dia, nanti gf dia tumbok ko , ko jgn tanya kenapa :D

Baiklah .
Hari ni hari raya , saya siti nur farhana comel a.k.a hana comel nak minta ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yg mengenali . Walaupun tiada sesiapa pun yg membaca blog ini namun tak salah kan tulis ceni ;)

Di kesempatan ini, saya nak minta ampun jika ada tersalah kata, terguris hati individu tak kira lah sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Samada sedar mahupun tidak sedar. Harap diampuni segala khilaf saya .

Pagi tadi sejurus selepas solat raya, kami bermaaf maafan . Bergambar dan menjamu selera.
Lepastu kami terus bergerak konvoi menuju ke bagan datuk .
Bagan datuk menuju ke rumah dimana kakak kepada atuk aku tinggal disana, senang cerita nenek sedara lah . Perjalanan kami hampir 3 jam -_-
Kami berhubung menggunakan WE CHAT memandangkan masing masing dah guna android kan -_-
Kecuali aku dgn atuk lah . kitorg guna 3310 campak ke anjing je . 
Tapi aku bersyukur , atuk pun bersyukur :D

Sampai je kt bagan datuk umah Opah andak, kami makaaaaann, solattt dan teruskan perjalanan kami ke semua rumah saudara mara sekitar kawasan itu.
Lepastu kami ke kawasan jeti di bagan datuk . Cantik tempatnya . 

Kami tangkap gambar di jeti, makan eskem potong dan bergerak ke teluk intan.
Sampai di teluk intan, kami ke menara condong . Buat onar dan kekecohan kat sana , makan kacang rebus , singgah toilet dan meneruskan perjalanan menuju ke KFC.
Lamaaaaaaaaaaaa sampai kebas bontot ddk dalam kete menuju ke KFC.
Alhamdulillah sampai ke KFC , lebih kurang 6 meja yg harus disambungkan utk menampung keluarga kami yg hampir lengkap ni. Sayangnya keluarga mamacik takda :(



Selesai makan, singgah mydin jap kemudian BALIKKKKKKKK . 
Cerita ini diringkaskan oleh cucu tok fahmi yg comel iaitu SNF ;)
Jika ianya tidak diolah maka cerita nya akan jadi panjang berjela. Atenya teman nak bobok . Udoh pukui 3.40pagi waktu perak.Nites

No comments:

Post a Comment