Sunday, April 2, 2017

A dream come true, Madinah Al Munawarrah

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .w.b.t

Harini genap 6 bulan aku di bumi anbia. Aku dah pun dapat menikmati percutian yg pertama pulang ke malaysia. Actually memang cita cita aku untuk bekerja di bumi arab ni tapi takde dalam fikiran langsung yang aku akan dapat di Madinah. Aku simpan cita cita ni waktu di zaman kolej lagi. Aku dan 3 org kawan kolej aku (syaza, kak na & Zahirah) pernah tulis dekat satu kertas tempat yang masing2 idamkan utk bekerja satu hari nanti. Aku tulis Riyadh. hehe. Tetapi ketiga tiga mereka dikurniakan jodoh awal bermula dgn kak na, kemudian zahirah dan akhir skali syaza. Kesemuanya kahwin sudah. Padahal mase kolej dulu, diorg sume kata aku yg akan kawen dulu sbb aku dgn boyfriend aku tu (Ex sudah) dah 'berkawan' dari tingkatan 5 lagi sampai la aku habis belajar dan bekerja. Tapi dia (Ex) dah pun bertunang jadi aku anggap je dia bukan jodoh aku. Anyway lupakan bab tu. So since kolej aku aku dah tetapkan cita cita aku, habis je blaja, aku nak keje 2 tahun, aku nak merantau ke arab. Riyadh to be exact. Mungkin allah dah permudahkan jalan aku, allah tahu ape yg terbaik buad aku. Jadi alhamdulillah aku takde bonding dgn hospital. Jadi aku boleh pegy bila bila masa je berbanding dgn yg ada bonding. Diorg sume kena ikat 4 tahun. Genap 2 thun aku bekerja (OCT 2015) di KPJ Tawakkal, aku nekad utk pergi open interview. Masa tu, firestar agency ada buad open interview di PWTC utk seluruh nurses di Malaysia. Aku berjaya pujuk kak zila (Rakan sekerja) utk sama sama apply open interview tu padahal dia tak sungguh2 nak pun. Oleh kerana candidates terlalu ramai, mereka cuma kumpul kan resume & certificate dan kemudian suruh kami pulang. Katenya nanti mereka akan email jika kami dapat.

Setelah berbulan tunggu email yg bagaikan tunggu bulan jatuh keriba. Akhirnya kak zila terima email daripada agency mengatakan yg nama dia telah di senarai pendekkan utk bekerja di RIYADH. dan aku pulak, masih tidak terima apa apa email. Pernah tak kau rasa, bila kau nak sesuatu sungguh2 tapi kau tak dapat. Ya mmg sangat kecewa sbb aku yg nak sgt peluang tu. Tapi percayalah allah dah aturkan yg terbaik utk kita. Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. Aku masih sabar menunggu email. Tiap tiap minggu aku call agency utk follow up, dalam setiap doa aku minta allah permudahkan jalanku. Berkat doa ibuku, aku dipanggil utk interview pada bulan March 2016. Nervous yang taktau nak cakap mcm mane. Aku ditemani kak zila ke interview tu, dalam borang application tu mereka minta aku tick 1 tempat yg kuingin dan 1 tempat optional. Jadi aku tick Riyadh tempat pilihan dan Madinah adalah tempat optional. Melangkah ke dalam bilik interview, selawat tak lekang, nervous teramat. Kak zila setia tunggu dekat lua bilik interview.

WHILE WAITING
*Muka acah acah tenang, dalam hati tuhan je tahu.

Bila nama dipanggil. Bismillahirrahmanirrahim, may Allah ease everything.

Me - Goodmorning 

Interviewer : Please have a seat dear. Now tell me about yourself

Me - My name is Siti Nur Farhana, I'm still 23years old as my birthday is on August 20TH. I live here in Kuala Lumpur with my mom. I have 5 siblings and i'm the youngest and the only girl in the family. Previously i worked in KPJ Tawakkal for 2 years and a half until today. I worked in premier ward.

Interviewer - Okay. What do you know about respiratory TB?

Me - (Thought block) Sorry miss ?

Interviewer - I can see here you have a certificate of infection control course (tunjuk sijil)

Me - Ohhhhhh (Masa course tu tido kan tu la jadiknya, haha) If patient suspect or confirm to have Respiratory TB, we must isolate the patient in negative pressure room and when in contact with the patient we have to wear PPE, N95 mask. 

Interviewer - Okay. Did you handle medical patient before 

Me - (Thought block level 999999) Sorry miss may you repeat again

Interviewer - For example like dengue fever, nursing care

Me - ohhhhhh yeaa i do ! 

Interviewer - You have to work 12hours shift, do you think you can handle it?

Me - In my previous hospital, i often do double shift for 14hours. Inshaallah i can handle it

Interviewer - (tiba2 ckp melayu) Nanti tak dapat balik raya tau, you dahlah anak bongsu, the only girl pulak tu and you takkan stay in one unit only. You rasa you boleh ke ?

Me - I can inshaallah. 

Interviewer - Okay i will plot you to Madinah. Congratulation.

Me - Speechless 

(Because the interview dah lama, ni je conversation yg i can remember)
*****Interviewer then bagi offer letter. I said thank you and beredar keluar (dlm hati alhamdulillahsyukur nikmat allah)***

Kelua je dari bilik interview, aku terus cari kak zila. Aku nampak je muka dia kat lua pintu, aku terus nangis ! :') Nangis gembira of course. Then aku call mama and bagitau. Mama was so happy and glad to hear, she said 'Mama tau ana mesti dapat punye'. Nangissssssss ! 

Below - Picture of us lepas abes interviewww. hehe *Happy face

I sign the contract given and they gave me 5 month to prepare for departure. The agency said jangan resign selagi visa belum siap. Buat masa ni, agency suruh aku settle kan medical check up and prepare kan document ape yg patut. Agency Firestar ni sgt teratur, depa bagi list to be done. Lepas habis semua kami pun pegy makan. hahahaha. 

*******************************************************************************************************
Semua document document settle. Visa pun siap. Agency suruh aku resign. 
Hari hari terakhir keje, budak budak ward cakap nak sambut birthday sbb kebetulan aku anta resign letter 1 august 2016 with 2 months notice. That means last date adalalah end of september but tolak cuti semua, my last date is on 15 september 2016. So on 19 august kawan kawan yg baik hati ni buad surprise farewell for me and i cried :'D (cenggeng sungguh seketul farhana)
So sweet of them. Little celebration with these precious girls is more than enough for me.
Sayang korang sampai syurga #Cameliagegirls.

Belum habis kat situ. My birthday is actually on 20 august. Kira depa buad early birthday celebration gituww. My sweet family pulak did some small gathering for my 24 years old birthday and again I CRIEDDDDD ! tengah taip skrg pun nangis ape cite. Haihhh. Having them all in my family is truly a bless, each and everyone of them is truly a bless. Mereka sentiasa mendoakan, sentiasa bagi support whenever and wherever i go. They are my family, my strength.

Alhamdulillah ya rabb kau kurniakan mereka disampingku, kau rahmatilah mereka semua di dunia dan akhirat dan kau berilah peluang kepada mereka semua utk sampai kesini. 




The next day they sent me to airport and i can't stop crying when the time come for my departure.
My hardest goodbye :'( 
My family, my friends, mi amor 

Alhamdulillah dgn kekuatan mereka, dgn restu mama, diiringi doa mereka, disini aku masih bertahan di tanah arab. Betul kata senior, mental dan fizikal kena kuat. Aku tak risau, aku ada Allah. Allah yg tulis utk aku ade kat sini, Allah tahu aku kuat, Allah tahu aku mampu. 

***********Seminggu selepas aku sampai di Madinah.**********

Kali pertama aku jejakkan kaki di Masjid nabawi :')
Allahu, perasaan yang tak dapat nak gambarkan, selama ni tgk dekat TV, dga cerita2 sahabt yg dah pergi. Kali ni aku sendiri pergi, solat disana, di masjid Nabi muhammad S.A.W. Sujud syukur aku padaMU ya rabb, kau beri aku peluang utk lebih dekat dgn engkau. Dikurniakan teman yg baik yg memimpin aku kearah kebaikan. 




Akan aku hargai peluang yang ada. 
Semoga aku sentiasa istiqomah. Bantu aku ya rabb :')
Inshaallah ada kelapangan akan update lagi blog ni.
Till then, Sincerely, SNF.

No comments:

Post a Comment