Monday, May 15, 2017

Umrah 2017

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum .w.b.t

Alhamdulillah untuk tahun ni aku dijemput lagi kerumah mu ya allah. Selagi aku masih disini, akan aku cuba utk selalu ke rumah mu ya rabb. Semoga diri ini sentiasa istiqomah. Serba sedikit bagi kawan kawan yg bakal menunaikan umrah (Inshaallah sy doakan)

Antara syarat syarat untuk menunaikan umrah
  1. ISLAM
  2. BERAKAL
  3. ISTITAAH (Maksudnya mampu dari segi fizikal dan biaya)
  4. BALIGH
  5. MERDEKA 
Dan ianya diikuti dengan 4 rukun umrah 
  • IHRAM (Utk lelaki mestilah memakai kain yg tidak berjahit manakala utk perempuan asalkan menutup aurat kecuali telapak tgn dan wajah)
  • TAWAF (7x Keliling kaabah)
  • SA'I (Safa - Marwah)
  • TAHALUL (Bercukur)
  • TERTIB
Untuk elaborate lebih detail saya tak berapa pandai. Tapi banyak juga yg perlu kita jaga selama kita dalam ihram. Tak boleh pakai wangi wangian. Semasa tawaf bahu kiri kena sentiasa ke arah kaabah. dan banyak lagi. Jujur sy katakan, selain rujuk pada ustazah juga kawan kawan yg selalu pergi umrah, sy juga rujuk pada youtube, forum, facebook dan juga buku panduan umrah. Ianya sgt sgtlah membantu. Media sosial ni tak semua tak bagus, cume cara gunakannya je yg membezakan. 

Umrah kali pertama :)
Bersama sahabat saya.


Perjalanan dari Madinah ke Makkah menaiki bas mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tapi disebabkan kami naik bas economy jadi durationnya lebih lama, rasanya 7 jam. but it is a good experience though which next time kami tak nak dah naik economy. Bas VIP lebih selesa dan bersih juga cepat, jadi tidaklah kami membazir masa. Selang 3 bulan lepas tu aku dijemput lagi ke rumahNYA.

Ini merupakan umrah kedua aku selama aku di bumi anbiya ini. Terus terang aku katakan, segala masalah terasa ringan bila kau dekatkan diri padanya. Bila kau lihat kaabah didepan mata kau yang selama ini kau sujud berpandukan kaabah. Dan ianya ada didepan mata kau. Nikmat penglihatan allah bagi, nikmat kesihatan allah bagi, nikmat anggota badan yg sempurna. Apa lagi yg kau mampu katakan selain Alhamdulillah. Aku bersama 2 org sahabat lagi yg memimpin tgn ku erat semasa tawaf dan sa'i. Membawa diri yg hina pergi ke rumah Allah, hanya dia saja yg tahu isi hati ini. Betapa sygnya dia pada diri ini, bagi peluang pada diri ini utk berubah jd yg lebih baik, kembali dan sentiasa igt padaNYA. 

Umrah kali kedua. 
Semoga kami dijemput lagi kerumahmu Ya Rabb :)

Aku ingin kesini lagi ya rabb bersama ibuku dan semua org org yg aku sayang. 
Jangan kau sulitkan, permudahkanlah urusan mereka utk kerumahMU.

Sincerely SNF :*

No comments:

Post a Comment